KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

SPRM berkata, Ta Jin Kiat, 48, warganegara Malaysia yang disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574), gagal dihubungi meskipun usaha mengesannya sudah dijalankan.

“Alamat terakhirnya di No. 12, Persiaran Madge, A-3a The Madge, 50200 Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan kegagalan mengesan individu terbabit, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada 2 September lalu.

Sehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Ta Jin Kiat tampil membantu pihak berkuasa bagi membolehkan beliau dikesan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, PPs Stefan Lue Hsien Yang menerusi talian 017-902 8199 atau 03-8870 0801.

“Orang ramai juga boleh mengemukakan maklumat melalui e-mel [[email protected]](mailto:[email protected]),” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here