CHEONGJU – Pasukan penyelamat menemui sembilan mayat yang terperangkap di laluan bawah tanah di bandar ini ketika hujan lebat.
Banjir disebabkan hujan lebat berterusan selama berhari-hari sehingga paras air sungai meningkat dengan cepat sehingga penumpang dan pemandu yang terperangkap dalam kereta dan tidak dapat melarikan diri.
Angka korban itu menjadikan jumlah keseluhan yang maut akibat banjir meningkat kepada 35, termasuk mangsa tanah runtuh.
Manakala 10 orang masih hilang.
Setakat ini tidak dapat dipastikan jumlah mangsa yang masih terperangkap dalam terowong sepanjang 685 di bandar Osong itu.
Tetapi sebanyak 15 kenderaan dipercayai tenggelam.
Beberapa mayat ditemui di dalam bas.
Kebanyakan kematian lain berlaku di kawasan utara pergunungan Gyeongsang Utara, yang mana kejadian tanah runtuh telah menghanyutkan seluruh rumah.
Hampir 300mm hujan dilaporkan turun di seluruh Korea Selatan pada hari Sabtu.
Negara ini biasanya mendapat antara 1,000mm hingga 1,800mm (70.9in) hujan setahun, menurut Persatuan Meteorologi Korea. – Agensi