KUALA LUMPUR – Kadar kenaikan pendapatan dan gaji ketika zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri adalah antara paling tinggi dalam sejarah negara.
Pentadbir laman Facebook Najib Razak berkata, kesannya dinikmati terutamanya oleh golongan bumiputera dan penduduk luar bandar.
Menurut beliau, data rasmi Jabatan Perangkaan bagi purata pendapatan isi rumah sepanjang 2009 hingga 2019 menunjukkan peningkatan untuk semua rakyat dari RM4,025 ke RM7,901 iaitu sebanyak RM3,876 (96.3 peratus).
“Untuk bumiputera, meningkat dari RM3,624 ke RM7,093 iaitu sebanyak RM3,469 (95.7 peratus) dan bagi penduduk luar bandar, naik dari RM2,545 ke RM5,004 iaitu sebanyak RM2,459 (96.6 peratus).
“Sebab itu ramai merasa tempoh itu mewah dan ramai keluarga mula membeli lebih dari satu kereta, sering upgrade kereta kepada jenama lain atau kerap melancong,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Pentadbir laman Facebook Najib Razak memberitahu, sebagai perbandingan, bagi tempoh 1997 hingga 2009, purata pendapatan isi rumah semua rakyat meningkat sebanyak RM1,419 iaitu dari RM2,606 ke RM4,025 (54.5 peratus).
Beliau menambah, pendapatan golongan bumiputera pula naik RM1,536 dari RM2,088 ke RM3624 (73.6 peratus) manakala bagi masyarakat luar bandar, kadarnya meningkat RM841 dari RM1,704 ke RM2,545 (49.4 peratus).
Katanya, data rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi gaji pekerja sektor pembuatan sepanjang tempoh 2009 hingga 2019 turut menunjukkan aliran yang sama namun kadar kenaikan tersebut telah jatuh sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). – MalaysiaGazette
Betul tu. Masa DSNR kuasa mrmbeli adalah tinggi. Selepas PRU 14 hamprak. PM dan menterinya makanan lazat penuh atas meja tapi rakyat jelata setakat makan ahe. Tu je pemimpin yang kata diri mereka verjuanv untuk rakyat.
DSNR buat kerja dgn cara bijak dan berhemah. Tp PM selepasnya byk teori dari praktikal. Namun semua kerja baik DSNR telah dikaburi oleh penyangak2 politik dgn teori, persepsi jahat dan konspirasi terpimpin yg didalangi…..???. Sekarang baru kita sedar, yg bersinar itu bukan semuanya INTAN