KUALA LUMUPUR – Sebuah rumah banglo di Lorong Titiwangsa 3, Taman Titiwangsa, di sini, terbakar hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan Dua (PBK II), B berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari MERS999 pada jam 10.47 pagi tadi.
tambah beliau, seramai 19 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Setapak dan Sentul dikerah ke lokasi terbabit.
Ia turut dibantu sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT), Light Fire Rescue Team (LFRT), Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), ujarnya.
“Setibanya anggota di lokasi mendapati kebakaran melibatkan ruang tamu dibahagian tingkat atas sebuah ruma banglo. Semakan mendapati anggaran kemusanahan kebakaran hanya 45 peratus dengan keluasan kebakaran 30X40 kaki persegi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Mohd Azrol, kebakaran berjaya dipadamkan dengan menggunakan satu aliran danĀ hos.
Katanya, tiada mangsa terlibatkan dalam kejadian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette