Presiden Joko Widodo melantik Budi Arie Setiadi sebagai Menteri Komunikasi dan Maklumat. Foto FB Jokowi

JAKARTA- Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini melantik Budi Arie Setiadi sebagai Menteri Komunikasi dan Maklumat Indonesia yang baharu dalam rombakan Kabinet menjelang Pilihan Raya Umum 2024 negara republik itu.

Perkara itu dikongsikan Jokowi menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Laporan media tempatan menyebut, Budi, yang juga bekas Timbalan Menteri Desa, Pembangunan Wilayah Kurang Beruntung dan Kementerian Transmigrasi, menggantikan bekas Menteri Komunikasi dan Maklumat, Johnny G Plate, yang sedang dibicarakan kerana kes rasuah.

Rombakan Kabinet membabitkan pelantikan beberapa timbalan menteri dan dilihat sebagai langkah Jokowi untuk meletakkan penyokong setianya dalam pentadbiran sebelum pilihan raya umum (PRU) yang dijangka diadakan pada Februari depan.

Sementara itu, Jokowi juga dikatakan tidak layak untuk bertanding semula kerana mandat dua penggalnya akan berakhir pada 2024.

Beliau juga dilihat semakin tidak bersetuju dengan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang memerintah, ketika PRU semakin hampir. – AGENSI

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast