Trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) tiba sebagai persiapan awal menjelang kes pertuduhan ke atas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor di Mahkamah Selayang pagi esok di IPD Gombak, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 17 JULAI 2023.

GOMBAK – Lebih lima trak dan juga jentera Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak malam ini.

Kehadiran jentera-jentera FRU dengan anggotanya itu dilihat sejak pukul 10.10 malam.

Lima trak FRU termasuk sebuah trak polis beserta Pasukan Tindakan Ringan (LSF) di tepi jalan sebelum dibawa masuk ke dalam IPD Gombak.

Difahamkan ia persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk ‘menerima’ kehadiran para penyokong Perikatan Nasional (PN) di IPD Gombak ekoran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan pada malam ini.

Esok pertuduhan ke atas  Muhammad Sanusi dibuat di Mahkamah Selayang.

Tinjauan mendapati, kesemua jentera itu mula masuk ke dalam IPD Gombak satu persatu untuk diparkir di dalam.

Dalam pada masa yang sama, lebih 20 pegawai dan anggota juga bersiap sedia di hadapan pintu masuk IPD Gombak.

Dalam pada itu, sumber dalam kalangan anggota polis memberitahu, mereka diarah untuk bersiap sedia penahanan Muhammad Sanusi malam ini.

Difahamkan sekiranya para penyokong PN dan Muhammad Sanusi muncul untuk melakukan sebarang kekecohan – anggota FRU sudah bersiap sedia di dalam IPD Gombak akan bertindak mengawal keadaan.

Bagaimanapun, suasana di hadapan IPD Gombak sekitar pukul 11 malam tadi terkawal dan belum ada kelibat Muhammad Sanusi dan pasukan polis yang mengiringinya masuk. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

6 Komen

  1. apa benda la ahli politik Malaysia ni x abis²nk menyusahkan rakyat dan menghuru-harakan negara

  2. jgn takut bayang2 sendiri. Isu ini timbul bila orang melayu rasa dirinya semakin hilang pengaruh. Sanusi hanyalah mewakili sebahagian orang melayu. Orang bukan melayu terdiam sebab tidak mahu terheret ke kancah tidak menentu. Kerajaan Perpaduan bermain api bila bermain isu ini menjelang PRN. PN tentunya akan dapat sokongan lebih padu dari pengundi2 melayu Islam dan kemungkinan besar akan sapu bersih SEMUA DUN majoriti melayu di enam negeri terlibat. Orang melayu secara tradisinya akan bersatu di bawah panji2 Islam apabila tertekan mcm ni. Aku , berserta SEMUA kaum kerabat dan keluarga ku, yg mmg tak pernah suka PAS pun akan memberi sokongan padu 100% kpd SEMUA calon2 PN. Allahuakbat! Hidup Sanusi, Hidup PAS.

  3. berani kerana benar,takut kerana salah.
    Kita doakan terbaik utk YB Sanusi

  4. Nak ceramah politik ceramah politik je la.. Dah bagi tau jgn sentuh 3R.. Ko sentuh jgk.. Semua benda pun ko nak langgar.. Skrg mendapat la..

Comments are closed.