Gambar hiasan

IPOH – Seorang lelaki mengalami kerugian RM870,000 selepas terjerat dengan sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian menerima laporan daripada mangsa berusia 54 tahun itu semalam.

“Berdasarkan laporan, mangsa dihubungi seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp pada 24 Jun lalu sebelum mula membuat pelaburan dengan memasukkan duit ke dalam aplikasi mata wang kripto.

“Bagi menyakinkan mangsa, suspek dikatakan memberi keuntungan RM1,000 atas pelaburan RM5,000 dilakukan mangsa sebelum meminta mangsa membuat pelaburan dalam jumlah besar bagi mendapat keuntungan lebih tinggi.

“Susulan itu, mangsa telah membuat beberapa transaksi ke tiga akaun bank melibatkan jumlah keseluruhan RM870,000 selepas dijanjikan keuntungan bernilai RM1.5 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Yusri, mangsa telah meminta suspek membuat pengeluaran tetapi pelbagai alasan diberikan termasuk meminta bayaran proses sebanyak 30 peratus daripada jumlah pengeluaran

“Sehingga laporan dibuat mangsa tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut dan rasa tertipu sebelum tampil membuat laporan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk melabur di platform yang betul dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast