Gambar hiasan

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 17 orang maut akibat terkena renjatan elektrik dan tujuh lagi cedera selepas sebuah transformer meletup di tapak projek Namami Gange di tebing Sungai Alaknanda di daerah Chamoli Uttarakhand.

Seorang anggota polis dan tiga pengawal rumah adalah antara yang terkorban dalam kejadian pada jam 11.35 pagi berhampiran loji rawatan kumbahan Chamoli.

Ketua Menteri Pushkar Singh Dhami mengarahkan siasatan segera terhadap insiden itu.

Beliau berkata, pasukan penyelamat, termasuk pentadbiran daerah dan Pasukan Tindak Balas Bencana Negeri sudah sampai ke lokasi.

Katanya, helikopter digunakan untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital dengan segera. – Agensi