Tempat penyediaan makanan di sebuah premis makanan yang didapati kotor.

KUALA LUMPUR – Tiga premis makanan di sekitar Jalan Berangan/Jalan Angsoka, Bukit Bintang diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana didapati kotor dan enam lagi dikenakan kompaun kerana kotor dan pelbagai kesalahan lain.

Arahan itu dibuat di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan UUK 28(1) UUKPPM (WPKL) 2016 selepas Operasi Khas Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati para peniaga terlibat melakukan pelbagai kesalahan.

Antaranya, lantai dapur kotor dan berdaki hitam, perangkap minyak tidak diselenggara dengan sempurna, rak dan perkakas kotor, berdaki hitam dan tidak diselenggara, bahagian belakang premis terdapat limpahan air kumbahan yang mengalir ke laluan awam dan berbau busuk dan terdapat sampah-sarap di lorong belakang premis yang dibiarkan tanpa dibersihkan.

 

Keadaan sekitar premis yang tidak diselenggara dengan baik.

Malah, ada pekerja didapati tidak mengambil suntikan typoid dan mengikuti Kursus Asas Pengendali Makanan.

DBKL berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa kesemasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak-kehendak kesihatan yang telah ditetapkan.

Orang awam disaran memberi kerjasama dengan menyalurkan aduan ke ADU@KL jika terdapat premis makanan yang berada pada tahap yang tidak memuaskan.

Pada masa sama, DBKL juga akan meminta kerjasama pihak Indah Water Konsortium dan SW Corp bagi memastikan lurang-lurang dan lorong belakang yang kotor dapat dibersihkan dengan kadar segera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast