KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua pihak agar menjauhi sikap negatif dalam menjaga keharmonian masyarkat.
Baginda beritahu, sikap berkenaan tidak akan mendatang kebaikan kepada kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Di sini kita menasihatkan jauhi lah perasaan hasad dengki, fitnah memfitnah, jauhi pemikiran judgemental, sempit dan negatif.
“Ini kerana ia tidak akan tidak akan mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara,” titah baginda pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Baginda juga menghargai usaha kerajaan dalam menggerakkan agenda Malaysia Madani.
“Usaha itu bagi membentuk masyarakat yang menghayati nilai-nilai ihsan, mendokong prinsip keadilan dan mengamalkan semangat toleransi,” titahnya.
Titah Baginda lagi, umat Islam perlu menzahirkan semangat dan roh hijrah menerusi kesatuan dan perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum.
“Semangat dan roh hijrah perlu kita jelmakan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan adat resam demi untuk membangunkan sebuah negara pertiwi,” titah Baginda lagi. – MalaysiaGazette