Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU- seramai 750 anggota polis akan bertugas pada  perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC  Sabtu ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium.

“Langkah ini untuk memastikan aksi kedua-dua pasukan itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Tamabah beliau, polis akan bekerjasama dengan pihak stadium bagi memastikan kelancaran keluar ddan masuk dan tidak berlaku perkara-perkara tidak diingini.

“Jadi saya merayu kepada kedua-dua penyokong patuhilah peraturan dan arahan polis yang akan kita laksanakan pada hari tersebut,” tambahnya.
Selain itu, penyokong juga diingatkan supaya tidak membawa barangan yang dilarang untuk memasuki stadium yang boleh mengganggu keselamatan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast