Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Ahmad Najib Habeb (kiri).

KUALA LUMPUR – Syarikat berstatus ISO 9001, Israk Solutions Sdn. Bhd. kini menyediakan program latihan dikenali sebagai Arvia Certified Educator (ACE) bagi memberi peluang kepada golongan pendidik mengaplikasikan penggunaan alat bantu mengajar terbaru menerusi penggunaan papan pintar interaktif.

Pengarah Urusannya, Ahmad Najib Habeb berkata, program berkala itu merupakan antara kerjasama terkini syarikat tersebut yang menjadi fokus bersama Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Selangor (SSTP).

Beliau berkata, berperanan sebagai perunding pakar teknologi maklumat, syarikat itu berharap bahawa inisiatif ini akan lebih memperkukuh penggunaan teknologi dalam pendidikan dan memberikan manfaat yang besar kepada guru dan pelajar di Selangor.

“Kerjasama ini adalah langkah ke hadapan dalam memenuhi pendidikan dalam
membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor pada masa akan datang.

“Ia seiring dengan usaha serta komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasa pendidikan dan membina hubungan sinergi antara sektor berkenaan dengan industri teknologi memberi impak positif kepada masa depan pendidikan negara.

“Ini terbukti dengan peningkatan prestasi secara keseluruhan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2022,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ahmad Najib berkata demikian pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Selayang Baru di sini, baru-baru ini.

Sesi taklimat dan latihan Arvia Certified Educator (ACE) kepada guru.

Turut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Zainal Ismail

Pada majlis sama, Amirudi turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta dalam usaha memperkukuh sistem pendidikan Selangor.

Beliau berkata, sebagai inisiatif yang menyokong usaha itu, Selangor turut mewujudkan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) yang menyediakan fasiliti dan kemudahan pembelajaran mengikut keperluan industri terkini.

Menurutnya,aAntara kursus yang ditawarkan di STDC ialah Teknologi Maklumat, Automotif, Elektronik, Elektrik, Kulinari, Motosikal, Tekstil Pakaian dan lain-lain.

“Selangor mempunyai bilangan sekolah dan institusi pendidikan yang paling banyak di Malaysia. Justeru perkembangan sektor pendidikan harus diberi keutamaan kerana ia akan menjadi tarikan kepada pelabur luar.

“Kita turut mahu menggalakkan kerjasama antara sektor pendidikan dan industri teknologi tempatan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast