NEW DELHI – Kerajaan India meminta dua agensi kendaliannya supaya menjual tomato pada harga yang lebih rendah lagi dalam usaha mengawal kenaikan harga tomato.
Persekutuan Pengguna Koperasi Kebangsaan India (NCCF) dan Persekutuan Pemasaran Koperasi Pertanian Kebangsaan India (NAFED) diarahkan untuk menjual tomato pada harga runcit sebanyak 70 rupee India (AS$0.85) sekilogram mulai Khamis dan seterusnya.
Pada mulanya tomato yang diperoleh oleh NCCF dan NAFED dijual pada harga 90 rupee India (AS$1.10) sekilogram dan kemudian dikurangkan kepada 80 rupee India (AS$0.97) sekilogram mulai 16 Julai.
NCCF dan NAFED telah memulakan perolehan tomato daripada pasar borong diĀ Andhra Pradesh dan Karnataka serta Maharashtra secara serentak di pusat penggunaan utama.
Harga runcit tomato melonjak sepanjang bulan lalu.
Sehingga Selasa, sebanyak 391 tan metrik tomato telah diperolehi oleh kedua-dua agensi tersebut. – Agensi