KUALA LUMPUR – Luahan seorang individu dikenali sebagai Nur Dalisyah Dalisyah didakwa mengeluh apabila kecewa Ebit Lew memungkiri janji membantu keluarganya kini tular di media sosial.
Menurut wanita itu, sewa rumah, bil air dan elektrik tidak lagi dibayar oleh pendakwah itu sehingga dia dan keluarga dihalau keluar dari rumah sewa.
Namun artis kontroversi, Caprice tampil menasihati supaya individu berkenaan agar belajar daripada seorang influencer Indonesia dikenali sebagai Mondy Tatto.
Menurutnya, Mondy yang pernah dibantu Ebit Lew telah pulang ke kampung halamannya di Indonesia dan mula membuka perniagaan.
Caprice berharap mereka yang hanya mengharapkan ihsan dan bantuan daripada orang lain mulai keluar bekerja serta menggunakan kudrat sendiri untuk mencari rezeki.
Nasihat yang diberikan oleh pemilik nama sebenar, Ariz Ramli itu telah mendapat sokongan ramai dan rata-rata berpuas hati kerana selebriti berkenaan berani ‘menyekolahkan’ kedua-dua pihak sekali gus. – MalaysiaGazette