Foto Facebook Penang FC.
KUALA LUMPUR – Penang FC mengumumkan dua pemain tempatan baharu iaitu R Kogileswaran dan Al Hafiz Harun yang secara rasmi akan menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia musim ini.
Perkembangan terkini itu dimaklumkan di laman Facebook Penang FC hari ini.
Kogi yang berusia 24 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur bersama pasukan Sri Pahang FC selama tiga musim dari 2016 hingga 2019.
“Kemudian berhijrah ke pasukan PJ City FC untuk dua  musim sebelum berkelana ke Liga Korea (K2) untuk bersama pasukan Chungbuk Cheongju FC.
“Kogi juga telah bersama skuad kebangsaan Malaysia sejak tahun 2018 dan telah menjaringkan 2 gol setakat ini,” tulis kelab itu.

Sementara itu, Al Hafiz merupakan bekas pemain sayap Kedah Darul Aman FC sebelum ini. Dia yang mula menyertai Sang Kenari sejak musim lalu, antara pemain tambatan era jurulatih Aidil Sharin Sahak di bahagian jentera serangan KDA FC.