nafas baja
Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Zamri Yaakob berucap pada Program Santai Peladang bersama Pemimpin Peladang 2023 (Zon Tengah) di Hotel Royale Chulan, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MUHD NA’IM, 21 JULAI 2023.

SEREMBAN – Kerajaan diharap menyokong penganugerahan sambungan kontrak membekalkan baja subsidi diteruskan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Pengerusi NAFAS, Datuk Zamri Yaakob turut berharap agar kontrak baja subsidi tersebut diberikan sepenuhnya kepada pertubuhan itu.

Beliau juga yakin Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu tahu mengenai status kontrak pembekalan baja NAFAS yang akan berakhir pada Disember nanti.

“NAFAS mohon Datuk Seri memberi perhatian berhubung perkara ini lebih-lebih lagi apabila Datuk Seri dan juga Timbalan Menteri telah pun melawat Kilang Baja NAFAS di Gurun baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Santai Peladang Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu Bersama Pemimpin Peladang 2023 (Zon Tengah) di sini, hari ini.

Zamri menambah, kilang tersebut merupakan aset strategik kerajaan dalam menjamin sekuriti makanan negara yang harus diperjuangkan.

“Ia bertepatan dengan aspirasi penubuhan kilang baja di Gurun pada 2004 iaitu Dari Peladang untuk Peladang,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast