Sully dan bayinya yang baru lahir. foto FB Columbus Zoo

COLUMBUS – Kakitangan di zoo Ohio terkejut mengejut apabila seekor gorila yang mereka percaya selama empat tahun ini sebagai jantan melahirkan anak.

Zoo Columbus berkata, Sully menetap di zoo berkenaan sejak tahun 2019, ditemui bersama bayinya pada Khamis lalu.

Menerusi blog, penjaganya berkata, bayi dan Sully dalam keadaan sihat.

Kelahiran itu “tidak dijangka, namun menarik untuk pasukan penjagaan dan penting untuk pemuliharaan spesies yang semakin kritikal terancam”, kata penjaga Sully dalam catatan blog.

Penjaga zoo tidak mengesyaki apa-apa sehingga mereka melihat Sully menyusukan anaknya.

Namun, jantina anak Sully masih belum diketahui.

Selama lapan tahun ini, Sully sudah cukup umur untuk membiak tetapi masih terlalu muda untuk menunjukkan tanda-tanda jantina yang jelas.

“Sehingga kira-kira lapan tahun, gorila jantan dan betina mempunyai saiz yang sama, dan tidak mempunyai organ seks yang menonjol,” menurut penjaga itu.

Gorila lazimnya tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan sama ada disebabkan perutnya yang besar, dan gorila bayi jauh lebih kecil daripada bayi manusia.

“Kami sangat teruja dengan penambahan satu lagi kelahiran untuk spesies terancam ini.

“Sebagai gorila ke-34 yang dilahirkan di sini sejak 1956 apabila Zoo Columbus menjadi zoo pertama di dunia yang mengalu-alukan kelahiran bayi gorila, kelahiran ini adalah penting dalam kerja kami untuk memulihara haiwan yang hebat ini,” kata zoo itu.

Pihak zoo berkata, ia akan menjalankan ujian DNA untuk menentukan bapa kepada anak Sully.

Sully selama ini ditempatkan bersama tiga gorila jantan iaitu Silverback Mac, yang berusia 39 tahun, selain dua lagi Kamoli, 10, dan JJ, enam tahun. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast