Keadaan kereta mangsa remuk teruk. foto ihsan BBP Pontian

PONTIAN – Seorang lelaki maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di hadapan SK Pulai Sebatang Penghulu Ghani, Sungai Manggis di sini lewat malam tadi.

Nahas yang berlaku pada jam 12.10 malam itu apabila  kereta jenis Perodua Alza dari arah Benut menghala ke Pontian itu bertembung dengan kenderaan utiliti (SUV) Toyota Harrier dari arah bertentangan.

Kejadian itu menyebabkan SUV berkenaan berpusing dan menyebabkan sebuah motosikal dari arah sama melanggar kenderaan tersebut yang melintang di tengah jalan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan II Haron Rais berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu Perodua Alza tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala pemandu SUV, penunggang motosikal dan tujuh lagi penumpang Perodua Alza dihantar ke  Hospital Pontian bagi mendapatkan rawatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast