Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin stabil dan beliau ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar menteri itu meminta penyebaran berita palsu mengenai Salahuddin dihentikan dan tidak percaya dengan Khabar angin.

“Jika ada apa-apa perkembangan, anda akan dapatkannya daripada saya, terima kasih,” katanya.

Kenyataan tersebut dikeluarkan berikutan tular di laman media sosial yang menyatakan Salahuddin telah meninggal dunia, malah ada pihak menghadiahkan Al Fatihah kepada beliau. –

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan dan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pulai itu.

Salahuddin yang merupakan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) dimasukkan ke hospital itu kelmarin selepas mengadu tidak sihat serta muntah-muntah.

Doktor pakar mengesahkan terdapat pendarahan di bahagian otak dan beliau selamat menjalani pembedahan semalam. – MalaysiaGazette