Aidi Amin Yazid.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Ahli Parlimen Sungai Buloh, Aidi Amin Yazid diumum bertanding sebagai calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N39, Kota Damansara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada 12 Ogos ini.

Menurut Aidi, ia merupakan cabaran dan tanggungjawab yang besar untuk memenangi kerusi tersebut.

“Banyak yang telah saya belajar. Pengalaman menjadi Setiausaha Politik (R. Ramanan) juga memberi saya peluang untuk mendekati penduduk setempat dengan lebih dekat, isu-isu yang membelenggu mereka juga dapat saya perhalusi dan fahami sebelum bertindak.

“Rakyat kini sudah celik dan tidak mahu menerima apa-apa yang retorik lagi, mereka tahu apakah kehendak dan hak mereka. Kerana itu juga saya senang berkomunikasi dengan mereka. Kita buat dengan amanah, keikhlasan dan rakyat dapat menilai,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Pemilihan itu diumumkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pengumuman Calon PKR di Padang Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam tadi.

Sementara itu, Thiban Subramaniam yang akan bertanding di DUN Bukit Melawati berkata, beliau menghargai kepercayaan diberikan kepimpinan tertinggi PKR.

Timbalan Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Thiban Subbramaniam

Ketua Cabang Kuala Selangor itu memberitahu, pengalaman selama belasan tahun dengan memegang pelbagai jawatan dalam parti serta dalam kerajaan negeri selain menjadi pegawai khas kepada Menteri Ekonomi memberi keyakinan tinggi dalam mengharungi PRN itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast