Mohd Rusdan Mustafa

KOTA BHARU – Tujuh calon yang dikemukakan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan Ogos ini.

Kesemuanya mempunyai kelulusan akademik dan pengalaman yang cukup untuk membantu rakyat negeri itu.

Mereka ialah Dr. Hafizah Mustakim yang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama adalah doktor perubatan yang berpengalaman dan mempunyai klinik sendiri.

Datuk Ismail Abdul Ghani bagi DUN Demit pula merupakan bekas Pegawai Tadbir Kanan Negeri Kelantan manakala Datuk Ir. Azizan Abdul Razak (DUN Kadok) seorang ahli perniagaan dan profesional berpengalaman tinggi dalam projek air serta persekitaran.

Selain itu, calon DUN Bukit Panau, Datuk Dr. Shamsul Adabi juga seorang bekas profesor pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Abdul Kadir Osman yang bertanding di DUN Temangan merupakan bekas Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Calon DUN Pengkalan Pasir, Mohd Rusdan Mustafa adalah graduan Universiti Malaysia (UM) dan aktivis masyarakat serta Mat Isa Che Dir bagi DUN Tawang merupakan bekas Pegawai Undang-undang Tenaga Nasional Berhad yang kini seorang peguam.

Mereka akan bersama 31 calon Barisan Nasional dan tujuh calon dari Parti Keadilan Rakyat diberi tanggungjawab untuk merampas Kelantan daripada Pas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. selepas PRN 12 OGOS diumumkan agak-agak KELANTAN ada ke PEMBANGKANG dalam Dewan Negeri? tunggu…… jangan TUDUH ALLAH bersubahat pulak.

Comments are closed.