Johan nama putera sulung Tengku Mahkota Kelantan.

KUALA LUMPUR – Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra memilih Johan sebagai nama putera sulung mereka.

Berita itu diumumkan di Instagram Che Puan Sofie Louise miliknya.

Welcome to the world baby Johan,” tulisnya.

Pada 19 Julai llalu, Pejabat Sultan Kelantan berkongsi berita gembira apabila mengumumkan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Sofie Louise dikurniakan putera pertama.

Che Puan Mahkota Kelantan selamat melahirkan anakanda putera pada 17 Julai di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Pengumuman itu turut memaklumkan Che Puan Mahkota serta anakanda berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Pasangan diraja tersebut telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 April 2019. – MalaysiaGazette