Kylian Mbappe. Foto Goal.com

LONDON – Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan menerima bidaan rekod dunia untuk Kylian Mbappe dengan tawaran yuran perpindahan €300 juta (RM1.75 bilon) dari Al Hilal.

Sebelum ini, rekod dunia menjadi milik Neymar ketika PSG membelinya dengan nilai €212 juta dari Barcelona yang ketika itu mengaktifkan klausa pelepasan pemain itu.

Walaupun PSG setuju dengan tawaran Al Hilal itu namun mereka masih perlu mendapat lampu hijau daripada Kylian Mbappe dan difahamkan kelab itu masih belum berunding dengan penyerang sayap antarabangsa Perancis itu.

Namun pada sama, Al Hilal dikatakan sedia membeli Mbappe dengan nilai €300 juta dan menggunakannya hanya untuk semusim dan membenarkan pemain itu menyertai Real Madrid pada 2024.

Semalam media melaporkan Al Hilal menawarkan €200 juta untuk membeli Mbappe dan kelab Liga Pro Saudi itu turut menawarkan kontrak €400 juta untuk dua musim kepada pemain itu.

Namun dalam tempoh 24 jam angka itu sudah meningkat €100 juta lagi.

Sebelum ini, PSG sudah mengeluarkan arahan kepada pengurus pasukan, Luis Enrique untuk tidak membawa Mbappe terbang ke Jepun dalam jelajah Asia pada pra musim kali ini.

Enrique turut diminta untuk tidak menurunkan Mbappe sepanjang musim hadapan kerana kelab kecewa pemain itu tidak mahu melanjutkan kontraknya.

Perkara itu membuatkan Kesatuan Pemain Profesional Perancis mengancam mahu menyaman PSG di atas layanan yang dianggap berbentuk penindasan di tempat kerja. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast