Hussein Omar Khan . Foto MOHD ADZLAN, 25 JULAI 2023.

SHAH ALAM – Polis telah merakam keterangan 19 saksi bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak, Dea Maisarah Bada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor.

Ketua Polis Selangor,  berkata, antara yang diambil keterangan ialah sekumpulan doktor perubatan hospital itu, ibu bapa, jiran dan pihak sekolah mangsa selain individu yang berada di pondok HTAR.

“Kini, polis sedang dalam proses untuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian bagi tujuan penelitian lanjut dalam kes ini.

“Kita masih menunggu laporan penuh forensik mengenai punca kematian kanak-kanak itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Kematian kanak-kanak  tularkan di laman media sosial dengan dakwaan netizen bahawa kanak-kanak itu lewat diberikan rawatan oleh kakitangan hospital sehingga terpaksa menunggu lebih 40 minit ketika mengalami sesak nafas.

Polis memulakan siasatan kematian Dea Maisarah selepas menerima laporan polis yang dibuat HTAR dan bapa mangsa.

Ditanya sama ada polis mengesan terdapat unsur kecuaian seperti sijil kematian mangsa berstatus sudah mati semasa dikejarkan ke hospital, Hussein berkata, perkara tersebut masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette