KUALA LUMPUR – Petronas Masela Sdn. Bhd. (Petronas Masela) membeli 15 peratus kepentingan dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran Blok Masela (Masela PSC), yang terletak di perairan dalam Laut Arafura barat, Indonesia Timur daripada Shell Upstream Overseas Services (I) Ltd.
Penyelesaian urus niaga itu kini tergantung sementara menunggu kelulusan kawal selia dan pemenuhan syarat terlebih dahulu.
Pengambilalihan itu adalah hasil kerjasama bidaan bersama antara Petronas Masela dan rakan kongsinya, PT Pertamina Hulu Energi (PHE), yang mana kedua-dua entiti akan memperoleh keseluruhan 35 peratus kepentingan penyertaan Shell dalam Masela PSC.
PHE juga menandatangani SPA dengan Shell hari ini untuk mengambil 20 peratus kepentingan penyertaan.
Manakala Inspex Masela Ltd. (INPEX), pengendali Blok Masela, memegang baki 65 peratus kepentingan penyertaan.
Majlis menandakan pemeteraian SPA telah diadakan semasa Konvensyen & Pameran Persatuan Petroleum Indonesia (IPA) ke-47, di Indonesia Convention Exhibition (ICE), BSD City, Tangerang, Indonesia.
Petronas diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik dan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluannya, manakala Adif Zulkifli diwakili Pengarah Kewangannya, Datuk NBD Zulkifli , Soo Kuo Tong.
Tengku Muhammad Taufik berkata, transaksi ini menandakan peristiwa penting dalam pengembangan portfolio Petronas di Indonesia kerana ia merupakan salah satu projek strategik utama negara.
“Penyertaan Petronas menggariskan komitmen dalam menyokong sasaran pengeluaran Indonesia untuk mencapai satu juta tong minyak sehari dan 12 bilion kaki padu standard sehari gas menjelang 2030.
“Projek ini juga memberi peluang kepada Petronas untuk menyumbang kepakaran teknikal syarikat ini dalam pembangunan dan pengewangan blok itu, dan akan mengukuhkan lagi portfolio LNG global ke arah memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga rendah karbon dari Indonesia dan seluruh rantau, ujarnya.
Petronas kini adalah rakan usaha sama dalam enam PSC yang terletak di darat dan luar pesisir di Sumatera, Laut Natuna, Jawa Timur, serta di Indonesia Timur, selain menjadi
pengendali PSC Ketapang, PSC Ketapang Utara dan PSC Madura II Utara, yang terletak di luar pesisir di Jawa Timur. – MalaysiaGazette