Laporan polis yang dibuat oleh Dominic Lau .

 

KUALA LUMPUR – Presiden Gerakan, Dominic Lau yang mendakwa akaun Twitternya digodam, selepas tularnya satu ciapan sensitif berhubung pemergian Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah membuat laporan polis.

Tegas Dominic, beliau tidak pernah pernah memuat naik ciapan kontroversi berbunyi berbunyi: “Kalau saya tanding PRK Pulai ok tak?”.

Kenyataan itu merujuk kepada kawasan Parlimen diwakili Allahyarham Salahuddin.

“Saya ingin memberitahu bahawa saya tidak pernah memuat naik kenyataan seperti yang tular di akaun Twitter saya,” katanya menerusi akaun Twitter.

Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Hartamas, di sini.

Dalam laporan itu, Dominic berkata, akaunnya telah digodam oleh individu yang tak pasti untuk memalu dan menjatuhkan imejnya sebagai Presiden Gerakan Rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mahu siasatan lanjut dilakukan oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. – MalaysiaGazette