Azmi atau Cikgu Mi (kiri) tidak asing bagi rakyat Kelantan dan DUN Melor amnya.

KOTA BHARU – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Melor, Kelantan, Azmi Ishak amat berharap rakyat negeri itu membuat perubahan pada kertas undi 12 Ogos ini.

Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Mi berkata, sudah sampai masanya rakyat Kelantan menamatkan kemarau pembangunan dan kemajuan di bawah pentadbiran Pas sejak PRU 1990.

“Jangan lagi mengharapkan pada yang ada hari ini (kerajaan Pas) kerana mereka kuat (banyak) berjanji dan hanya mengaku gagal mengotakan janji disebabkan ‘salah’ orang lain.

“Saya harap, pada 12 Ogos ini, seluruh rakyat Kelantan termasuk yang berada di perantauan balik untuk buat perubahan pada kertas undi.

“Bawalah perubahan hari ini untuk masa depan anak kita yang lebih baik setelah 33 tahun diberi peluang dan ruang, tetapi masih gagal membangunkan kemajuan negeri dan terus ketinggalan berbanding negeri lain,” katanya di sini hari ini.

Azmi antara 31 pimpinan UMNO yang dicalonkan bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 Ogos ini.

Beliau pertama kali dicalonkan bertanding di kerusi DUN Melor pada PRU12 dan menang, tetapi gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU14 tahun 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast