NEW YORK – Sebahagian kren pembinaan tumbang di Midtown Manhattan pada pagi Rabu, menyebabkan enam orang cedera.
Kren itu runtuh sekitar jam 7.30 pagi.
Serentak itu, laluan di sekitar 10th dan 11th Avenues antara 41st dan 42nd Streets, berhampiran Hudson Yards ditutup.
Polis turut meminta orang ramai tidak melalui kawasan tersebut.
Empat orang awam dan dua anggota bomba cedera dalam kejadian itu.
Gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan jentera kren itu terbakar dan bunyi letupan sebelum tumbang, menghempap bangunan bersebelahan ketika ia jatuh.
Ketika itu orang ramai bertempiran melarikan diri.
Jordy Jimenez, seorang pencuci berkata, dia sedang membersihkan kaki lima di luar 33 West 42nd Street apabila dia mendengar ‘bunyi yang kuat’ sambil menambah ia bukan bunyi biasa.
Tyra Robbins, 26, yang bekerja di sebuah bangunan di 10th Avenue antara 34th dan 35th Streets pula berkata, dia keluar selepas melihat sekumpulan orang yang kelihatan sedang mengambil gambar matahari terbit.
Namun, selepas melihatnya, dia ternampak kren tumbang.
“Ia seperti jatuh dalam gerakan perlahan,” kata Robbins.
Tambah, sebahagian kren yang tumbang itu tercabut dan terkena bangunan di sebelah jalan.
“Saya dengar bunyi retak, dan kemudian melihat api,” ujarnya. – Agensi