Gelagat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad selepas menaikkan bendera UMNO "Sang Saka Bangsa" sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 09 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur  dalam parti dan kerajaan jika keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti menyaksikan UMNO gagal memenangi kerusi yang diwakilinya.

Menurut Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Kartini Aboo Talib, UMNO perlu bangkit semula dan sangat memerlukan kepemimpinan muda dan berkaliber.

“Zaman otai sudah berlalu. Ahmad Zahid perlu berundur dengan cara terhormat.

“Datuk Seri Mohamad Hasan (Timbalan Presiden UMNO) mungkin mempunyai visi tapi dia ibarat acuan Ahmad Zahid dan belum cukup gagah untuk menolak ketuanya dari terus menjadi Presiden UMNO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Prof. Dr. Kartini Aboo Talib

Dr Kartini berkata, Pakatan Harapan (PH) juga dilihat lemah bukan sahaja disebabkan Ahmad Zahid tetapi ia turut disumbangkan faktor-faktor lain yang melingkari permasalahan rakyat.

Jelas beliau, ia seperti manifesto yang tidak tertunai, ketiadaan subsidi elektrik bagi golongan M40 selain inflasi yang memburukkan harga barangan pengguna termssuk BLR pinjaman bank makin tinggi.

“Semua ini membuatkan rakyat tidak berpuas hati dengan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khirudin mencabar Ahmad Zahid untuk berundur daripada jawatan secara terhormat jika PH-BN gagal dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos depan.

Cabaran itu dibuat Khairil Nizam sebagai tindak balas kenyataan Ahmad Zahid yang mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan PRN enam negeri sebagai ‘kayu ukur’ sokongan rakyat.

Baru-baru ini BN mengumumkan seramai 108 calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Dia ni mmg penyokong kuat PN…pandangan dia semua kutuk UMNO…tak ada kajian emperikal pun…ni contoh Prof Kangkung yg dilahirkan oleh UKM

  2. Nampak jelas Prof. ni sebelah geng² PN..cara fikir bikin menjahanam kerajaan sedia ada..tidak bersyukur, kepandaian ilmu, menampakan kebodohan diri, menilai situasi negara cara sembrono..kepala otak Prof. tapi hati jiwa membusuk??…spesis “Enam Jahanam”?..bikin malu Negara Malaysia.

Comments are closed.