Anggota penyelamat menarik mayat penumpang bot yang terbalik di sebuah tasik di Wilayah Rizal, Filipina. foto PCG Video

MANILA – Seramai 21 orang terbunuh manakala jumlah yang tidak dapat ditentukan telah hilang selepas sebuah bot yang dipercayai membawa lebih 70 penumpang terbalik di sebuah tasik di wilayah Rizal Filipina hari ini.

Laporan awal menyatakan bot penumpang itu berlepas dari Pulau Talim dan dalam perjalanan ke perbandaran Binangonan apabila angin kencang dan ombak bergelora menyebabkan ia terbalik berhampiran pantai pada kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan.

Insiden itu berlaku ketika kawasan itu mengalami keadaan cuaca buruk yang dibawa oleh Taufan Doksuri ketika ia bergerak ke utara di Laut China Selatan tidak jauh dari Pulau Luzon.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh Pengawal Pantai Filipina dan pelbagai agensimembawa kepada penemuan 40 mangsa yang terselamat dan 21 ditemui mayat dari perairan sekitar.

Angka kematian itu termasuk dua penumpang wanita yang ditemui tidak sedarkan diri tetapi kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

Pegawai berkata, usaha SAR akan diteruskan untuk mengesan sekurang-kurangnya sembilan orang lagi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast