PN Negeri Sembilan
Gambar hiasan.

PERTEMBUNGAN satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) yang bekerjasama di bawah payung Perpaduan menentang Perikatan Nasional (PN) dijangka berlaku di 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi rebutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Hanya satu kerusi sahaja iaitu DUN Temiang yang bakal menyaksikan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyertai persaingan mencabar penguasaan PH yang diwakili DAP.

Setakat hari ini, masih belum ada parti-parti lain atau calon bebas yang mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam PRN Negeri Sembilan.

Bacaan awal menunjukkan gabungan BN dan PH dijangka mengekalkan penguasaan di kerusi-kerusi yang ditandingi, lebih-lebih lagi yang dipertahankan oleh para penyandang.

Tiga nama besar dalam pentas politik Negeri Sembilan iaitu Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (Rantau); Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke (Chennah) dan Datuk Seri Aminuddin Harun (Sikamat) diramal mampu mempertahankan kerusi masing-masing daripada dirampas oleh calon-calon PN.

Namun PN mampu memberi tentangan sengit di dua kerusi di mana penyandang-penyandangnya iaitu Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani (Paroi) dan Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek (Ampangan) telah digugurkan.

Keputusan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penyokong kedua-dua pemimpin PH tersebut dan dikhuatiri boleh menjejaskan gerak kerja jentera di Paroi dan Ampangan.

Selain itu, kedudukan BN di Jeram Padang kini sukar dijangka kerana kerusi tradisi MIC yang dipertahankan sejak enam penggal lalu itu kini ditandingi oleh calon dari UMNO, Mohd Zaidy Abdul Kadir.

Secara keseluruhan, BN meletakkan tujuh calon yang kali pertama bertanding dalam pilihan raya iaitu di Serting, Jeram Padang, Lenggeng, Seri Menanti, Kota, Bagan Pinang dan Gemencheh.

PH pula mempertaruhkan seramai enam muka baharu iaitu di Ampangan, Paroi, Pilah, Rahang, Chuah dan Sri Tanjung.

Sebahagian besar daripada calon-calon yang diletakkan PN belum pernah bertanding dalam pilihan raya dan hanya seorang calon iaitu Datuk Eddin Syazlin Shith yang pernah memenangi kerusi Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

PN juga membuat kejutan apabila tidak meletakkan dua tokoh muda yang berpotensi untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan iaitu Nazree Yunus dan Zool Amali Hussin.

Senarai calon-calon yang diumumkan oleh BN, PH, PN dan MUDA setakat ini adalah seperti berikut:

N.01 Chennah
Anthony Loke (PH-DAP) – penyandang
Rosmadi Arif (PN-Bersatu)

N.02 Pertang
Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-UMNO)
Amirudin Hassan (PN-Pas)

N.03 Sungai Lui
Mohd Razi Mohd Ali (BN-UMNO) – penyandang
Mohd Nordin Hasim (PN-Pas)

N.04 Klawang
Datuk Bakri Sawir (PH-Amanah) – penyandang
Danni Rais (PN-Bersatu)

N.05 Serting
Muhamad Zamri Omar (BN-UMNO)
Mohd Fairuz Mohd Isa (PN-Pas)

N.06 Palong
Mustapha Nagoor (BN-UMNO) – penyandang
Noor Azuan Parmin (PN-Bersatu)

N.07 Jeram Padang
Mohd Zaidy Abdul Kadir (BN-UMNO)
Datuk Seri Surash Sreenivasan (PN)

N.08 Bahau
Teo Kok Seong (PH-DAP) – penyandang
Kumar S Paramasivam (PN-Pas)

N.09 Lenggeng
Mohd Asna Amin (BN-UMNO)
Mohd Fadli Che Me (PN-Pas)

N.10 Nilai
J Arul Kumar (PH-DAP) – penyandang
Gan Chee Biow (PN-Bersatu)

N.11 Lobak
Chew Seh Yong (PH-DAP) – penyandang
Ng Soon Lean (PN-Gerakan)

N.12 Temiang
Ng Chin Tsai (PH-DAP) – penyandang
Datuk Chua Eng Pu (PN-Gerakan)
Ahmad Qusyairi Abdull Rahim (MUDA)

N.13 Sikamat
Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-PKR) – penyandang
Ahmad Raihan Muhamad Hilal (PN-Bersatu)

N.14 Ampangan
Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (PH-PKR)
Muhammad Ghazali Zainal Abidin (PN-Bersatu)

N.15 Juasseh
Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (BN-UMNO)
Datuk Eddin Syazlee Shith (PN-Bersatu)

N.16 Seri Menanti
Muhammad Sufian Maradzi (BN-UMNO)
Jamali Salam (PN-Bersatu)

N.17 Senaling
Datuk Ismail Lasim (BN-UMNO)
Amrina Mohd Khalid (PN-Bersatu)

N.18 Pilah
Nur Zunita Begum (PH-PKR)
Rafiei Mustapha (PN-Pas)

N.19 Johol
Saiful Yazan Sulaiman (BN-UMNO) – penyandang
Kamarudin Md Tahir (PN-Pas)

N.20 Labu
Datuk Ismail Ahmad (PH-PKR) – penyandang
Mohamad Hanifah Abu Baker (PN-Bersatu)

N.21 Bukit Kepayang
Nicole Tan (PH-DAP) – penyandang
P Subramaniam (PN-Bersatu)

N.22 Rahang
Desmond Sian Meow Kong (PH-DAP)
Lee Boon Shian (PN-Gerakan)

N.23 Mambau
Yap Yew Weng (PH-DAP) – penyandang
N Satesh Kutmar (PN-Pas)

N.24 Seremban Jaya
P Gunasekaran (PH-DAP) – penyandang
Lee Ban Fatt (PN-Gerakan)

N.25 Paroi
Norwani Ahmat (PH-Amanah)
Kamarol Ridzuan Md Zain (PN-Pas)

N.26 Chembong
Datuk Zaifulbahri Idris (BN-UMNO) – penyandang
Bakly Baba (PN-Bersatu)

N.27 Rantau
Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-UMNO) – penyandang
Rozmal Malakan (PN-Pas)

N.28 Kota
Suhaimi Aini (BN-UMNO)
Ahmad Shukri Abdul Shukor (PN-Bersatu)

N.29 Chuah
Yew Boon Lye (PH-PKR)
Tang Jay Son (PN-Gerakan)

N.30 Lukut
Choo Ken Hwa (PH-DAP) – penyandang
Datuk Ragu Subramaniam (PN-Pas)

N.31 Bagan Pinang
Mohd Najib Mohd Isa (BN-UMNO)
Abd Fatah Zakaria (PN-Pas)

N.32 Linggi
Mohd Faizal Ramli (BN-UMNO)
Zamri Md Said (PN-Bersatu)

N.33 Sri Tanjung
Dr Rajasekaran (PH-PKR)
Zabidi Ariffin (PN)

N.34 Gemas
Abd Razak Ab Said (BN-UMNO) – penyandang
Ridzuan Ahmad (PN-Bersatu)

N.35 Gemencheh
Suhaimizan Bizar (BN-UMNO)
Tengku Abdullah Tengku Rakman (PN-Pas)

N.36 Repah
S Veerapan (PH-DAP) – penyandang
Yong Li Yi (PN-Gerakan)

Pencalonan yang muktamad akan diketahui selepas proses penamaan calon di kesemua 36 kerusi DUN yang dipertandingkan dalam PRN Negeri Sembilan selesai esok. – MalaysiaGazette