LONDON – Bekas kapten Liverpool, Jordan Henderson kini bergelar pemain Inggeris yang menerima gaji termahal dalam sejarah selepas berhijrah ke kelab Arab Saudi, Al-Ettifaq
Sebelum itu, Al-Ettifaq dan Liverpool mengesahkan perpindahan saga bekas kapten Liverpool itu yang membabitkan nilai £12 juta (RM69.7 juta).
“Semua orang di kelab ini mengucapkan terima kasih atas segala sumbangannya sepanjang 12 tahun bersama pasukan,” menurut kenyataan Liverpool.
Berita ini menyaksikan Henderson akan bermain di bawah seorang lagi bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard yang dilantik sebagai pengurus pasukan tersebut.
Untuk rekod, Henderson merekodkan 33 gol sepanjang 492 penampilan bersama The Reds dan menjadi watak penting kepada Liverpool apabila menjulang enam trofi, Piala FA, Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala Liga Inggeris, Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia. – Agensi