SUNGAI BESAR – Perikatan Nasional (PN) tidak boleh leka dengan gelombang blok parti itu meskipun yakin sokongan rakyat bakal beralih dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN-15), pada 12 Ogos ini.
Calon PN kerusi N03 Sungai Panjang, Mohd Razali Shaari berkata, pihaknya perlu bekerja keras bagi memastikan kemenangan itu, khususnya di Selangor.
“Insya-Allah kami di Perikatan Nasional (PN) berkeyakinan sokongan akan beralih kepada PN
“Itulah (gelombang) sebenarnya yang memberikan keyakinan kepada kami. Kami tak boleh leka dengan apa gelombang itu.
“Gerak kerja selepas sah penamaan calon ini kita 100 peratus kerahkan idea semua persiapan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Terdahulu beliau menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon PRN-15 N03 Sungai Panjang di Dewan Seri Bernam.
Mohd Rashid satu-satunya calon yang memberi saingan sengit kepada penyandang Dewan Negeri Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin pada 12 Ogos.
PRN-15 Selangor merupakan pilihan raya kali pertama melibatkan calon Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRU15).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mohd Imran memenangi kerusi DUN Sungai Panjang dengan majoriti 2,084 undi selepas menewaskan calon daripada Pas dan PKR. – MalaysiaGazette