Calon Perikatan Nasional (PN) N24 Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir bagi menyerahkan borang penamaan calon sempena Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) di Pejabat Daerah Dan Tanah Sik, Kedah. Foto MOHD ADZLAN, 29 JULAI 2023.

SIK – Setelah tamat proses penamaan calon bagi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dan Belantik, Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diboo penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Ia berlaku apabila Sanusi yang juga calon nombor dua DUN Jeneri bertindak ke kawasan penyokong PH-BN yang terletak di sebelah kiri pusat penamaan selepas selesai ditemuramah media di perkarangan Pejabat Daerah Sik.

Kedengaran laungan ‘penipu’ dan ‘kepala bapak hang’ oleh penyokong PH-BN ketika Sanusi melalui kawasan tersebut.

Tenang dengan kecaman itu, Sanusi bertindak menghulurkan tangan beliau dan kemudiannya disambut beberapa penyokong PH-BN.

Beliau kemudiannya kembali ke khemah penyokong PN dan menerima laungan takbir daripada penyokong-penyokong PN.

Sanusi akan mempertahankan kerusi DUN Jeneri, beliauditentang Ketua Bahagian UMNO Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), Sanusi memenangi kerusi DUN Jeneri dengan majoriti 10,626 undi. – MalaysiaGazette