SEREMBAN – Perikatan Nasional (PN) sepatutnya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menetapkan peraturan mengenai perkara yang boleh dilakukan semasa kempen pilihan raya semasa mereka menjadi kerajaan dahulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, adalah mengejutkan apabila Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man kini menggesa SPRM membuat peraturan tersebut.
Menurut beliau, apabila Kerajaan Perpaduan memerintah, tiba-tiba PN mengungkit tentang isu itu.
“Saya tak tahu nak cakap apa, tapi apa lagi yang mereka patut cakap, mereka tertinggal kapal.
“Mereka pernah jadi kerajaan dan pemimpin mereka pernah jadi Perdana Menteri, kenapa tak lakukan pada masa itu?” katanya dalam sidang media selepas melawat Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, hari ini.
Gesaan tersebut disuarakan oleh Tuan Ibrahim ketika berkata kepada pemberita selepas program ceramah sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di Paroi, malam tadi.
Tuan Ibrahim mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang menyifatkan tindakan pemberian geran bernilai RM350,000 oleh kerajaan kepada belia Terengganu adalah tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah.
Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemberian geran membabitkan RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan RM250,000 kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) Terengganu. – MalaysiaGazette
kalau dulu tak buat, kenapa kali ini pun tak buat juga. tak akan kalau dulu bodoh kalai ini pun nak bodoh juga. bukan kah sepatutnya kita semakin hari kita semakin baik, bukan semakin mundur.
Biol jenis apakah AZALINA Othman ni?
moralnya;
puluh tahun UMNO BN tidak tahu…..
timbul PH pula tidak terfikir..
PN pula sementara UMNO ganti…
KINI PH MADANON hoiii… terus kehadapan bukan “IKUT BELAKANG” macam dulu-dulu. Pemimpin UMNO telah merosakkan kebolehan PH terutama AZALINA Othman yang kolot akalnya