bursa ringgit
Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Pelabur asing bersih membeli ekuiti di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut pada RM637.8 juta, tertinggi sejak lebih setahun lalu apabila mereka bersih membeli RM1.18 bilion pada minggu berakhir 18 Mac 2022.

Mereka menjual RM18.6 juta pada hari Isnin tetapi menjadi pembeli bersih untuk sepanjang minggu.

MIDF Research berkata, aliran masuk bersih tertinggi masuk pada hari Jumaat dengan RM181.4 juta.

Antara hari Selasa hingga Jumaat, aliran masuk bersih daripada pelabur asing adalah lebih daripada RM100 juta setiap hari dan purata RM164.1 juta setiap hari.

Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk bersih oleh pelabur asing minggu lepas ialah utiliti (RM253.4 juta), perladangan (RM127.8 juta) dan perkhidmatan kewangan (RM86.3 juta).

Terdapat hanya tiga sektor dengan aliran keluar bersih minggu lepas iaitu REIT (RM22.6 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM22.4 juta) dan telekomunikasi dan media
(RM8.0 juta).

Setakat ini, pelabur asing telah menjual sebanyak RM3.06 bilion.

Berbeza dengan pelabur asing, firma penyelidikan itu berkata, pelabur institusi membeli sebanyak RM54 juta pada hari Isnin, menjadi penjual bersih sepanjang minggu lalu.

Ini adalah minggu ketiga berturut-turut pelabur institusi menjual sebanyak RM403.9 juta, tertinggi sejak minggu berakhir 19 Ogos 2022 yang menyaksikan jualan RM675.9 juta.

Setakat ini, institusi tempatan telah membeli bersih RM3.13 bilion.

Seperti institusi tempatan, pelabur runcit juga dijual bersih untuk minggu ketiga berturut-turut pada RM233.7 juta.

Mereka jual ekuiti tempatan setiap hari sebanyak RM35.4m pada hari Isnin, Selasa (RM63.8 juta), Rabu (RM54.3 juta), Khamis (RM56.3 juta) dan Jumaat (RM24.0 juta).

Pelabur runcit pula telah menjual ekuiti sebanyak RM67.9 juta tahun setakat ini.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) secara keseluruhan, 2.5% lebih tinggi dalam kalangan pelabur runcit manakala bagi institusi tempatan dan pelabur asing, kedua-dua kategori menyaksikan peningkatan 7.3% dalam ADTV. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast