KUALA LUMPUR – Tular di media sosial baru-baru ini rakaman video yang memaparkan dua lelaki bertelagah dan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Susulan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua lelaki tersebut telah membuat laporan pada jam 5.49 petang semalam.

Jelas beliau, hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca apabila pintu kereta yang telah dibuka terkena pada kenderaan yang berada di sebelahnya.

“Disebabkan kejadian ini telah berlaku pertelingkahan mulut di antara kedua-dua pihak.

“Walaubagaimanapun, tiada kerosakan dan kecederaan yang dialami,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, kedua-dua lelaki tersebut berdamai dan enggan isu tersebut dipanjangkan.

Dalam pada itu, Fakhrudin menasihatkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan berita yang tidak benar dan membuat spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast