Kedai Piaget yang terletak di Rue de la Paix. fotoRue de la Paix

PARIS – Perompak bersenjata api melarikan diri dengan barang kemas sehingga 15 juta euro dari kedai Piaget di sini.

Siasatan dijalankan selepas kecurian berlaku di kedai jam tangan mewah Switzerland di Rue de la Paix.

Rompakan itu berlaku sekitar waktu tengah hari pada hari Selasa di kawasan Place Vendôme mewah, yang menjadi lokasi barangan berjenama mewah.

Beberapa siri rompakan bersenjata di kawasan ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Tiada siapa yang cedera dalam insiden ini dan polis sedang memburu tiga suspek. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast