Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr. Ismail Al-Haj di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023

KUALA LUMPUR – Negara perlu memastikan generasi muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang mempunyai sikap seperti bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang berintergriti tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara hanya akan selamat sekiranya mempunyai pemimpin yang bebas daripada penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ujar beliau, intergriti adalah mustahak bukan sahaja untuk pentadbiran kerajaan tetapi juga dalam politik.

“Negara ini selamat jika pimpinannya mempunyai intergriti, tolak rasuah, tolak kezaliman dan tegas melaksanakan undang-undang dan menyelamatkan negara bangsa.

“Dari aspek lain yang kita harus pelajari adalah soal intergriti dalam politik,” katanya ketika berucap pada majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al Haj, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Berkongsi keperibadian dan sosok negarawan berkenaan, Anwar berkata Tun Dr. Ismail merupakan seorang pemimpin yang dihormati kerana sikapnya yang tidak mudah terpengaruh dengan kuasa semata-mata.

“Orang hormat dia sebab intergriti tidak boleh dibeli tidak termakan pujuk rayu wang atau harta, ini yang perku kita hidupkan dalam budaya politik di negara kita,” ujar beliau.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast