KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel kekal bagi tempoh 3 Ogos 2023 hingga 9 Ogos 2023, kata Kementerian Kewangan.

Sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 adalah RM3.37 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

Menurutnya, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol
RON95 dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. – MalaysiaGazette