Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap berucap pada Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr. Ismail Al-Haj di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 02 OGOS 2023

KUALA LUMPUR – Rakyat khususnya generasi muda diharap  memupuk nilai-nilai murni terhadap negara menerusi Majlis Memperingati Negarawan Tun Dr Ismail Al-Haj: Tonggak Perpaduan Negara yang diadakan  hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, salah satu program kebangsaan itu bukan sahaja dianjurkan untuk memperingati pemergian negarawan berkenaan selama 50 tahun malah mengetengahkan sumbangan dan sikapnya yang perlu dicontohi.

“Pengunjung hari ini berpeluang memahami dan menghayati bakti dan jasa Tun Dr Ismail khusus berkaitan perjuangan dalam politik, sumbangan ekonomi, keselamatan dan hubungan antarabangsa,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Fahmi berharap, ribuan pengunjung yang hadir di Dataran Merdeka hari ini mendapat pengajaran tentang peranan bukan sahaja seorang pemimpin malah sebagai rakyat yang menjaga keharmonian dalam negara dan memupuk perpaduan mengelak persengketaan di antara kaum.

“Kita kini berada dalam bulan kebangsaan sewajarnya kita semua semarakkan semangat kebangsaan dengan toleransi. Jauhi tingkah laku yang membawa perpeceahan, perselisihan faham dan curiga antara satu sama lain,” ujarnya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast