Tangkap layar dari video tular kes pergaduhan di Pandan Indah.

KUALA LUMPUR – Polis menahan lapan lelaki berumur 19 hingga 33 tahun disyaki terlibat kes pergaduhan di depan sebuah restoran di Jalan Pandan Indah dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, tangkapan dibuat menerusi beberapa siri tangkapan bermula 11 malam pada Selasa hingga awal pagi hari ini.

“Semasa tangkapan dibuat telah membuat rampasan topi keledar dan kerusi yang digunakan semasa kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas Mohd Azam, siasatan mendapati punca pergaduhan adalah tindakan sindiran menyindir oleh salah satu daripada dua kumpulan kelab motosikal yang terlibat dalam pergaduhan yang ditular menerusi aplikasi TikTok.

Menurut beliau, dua daripada lapan yang ditangkap mempunyai kesalahan lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

Semua supek ditahan reman sehingga Sabtu ini.

Kes disiasat bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.-MalaysiaGazette