KUALA LUMPUR – Bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyertai Perikatan Nasional (PN) hari ini.
Beliau kecewa kerana mendakwa UMNO kini bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
“Saya memilih masuk PN hari ini selepas hari penamaan calon, agar rakyat tahu, saya bukanlah mengejar jawatan dan calon sebaliknya ingin memperkukuhkan penyatuan bangsa Melayu.
“Kalau saya kejar jawatan, buat apa saya keluar UMNO? Kan UMNO bersama kerajaan kini? Lagi senang saya ikut je kerajaan. Jadi tak perlu nak menambah dosa fitnah-fitnah jahat cybertrooper dan orang yang tidak mengenali saya menuduh yang bukan-bukan.
Susah nanti nak jumpa saya di akhirat. Lagi pun saya hanya keluar parti dengan baik, bukan keluar Islam,” katanya dalam satu kenyataan.
Muhamad Muqharabbin juga mengucapkan terima kasih kepada pemimpin PN yang sudi menerimanya.
Dalam pada itu, tular gambar Muqharabbin bersama Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mana turut kelihatan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Facebook Hamzah.
Hamzah mengganggap Muhamad Muqharabbin yang pernah mengharumkan nama negara dalam sukan mendaki satu aset kepada PN. – MalaysiaGazette
Sapa mamat ni..x kenal langsung,baru ni dengaq nama dia
Mugarabbal ni memang lah bebal tak tau pikir titah YDPA. Lembu lagi ttau fikir.