logo gari
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di Sarawak disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Beluru, Sarawak pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad berkata, OKT itu ditangkap di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Semasa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Daerah Marudi, OKT mengadu sakit dada dan sukar bernafas dan segera di bawa ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

“OKT kemudian disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan klinik kesihatan berkenaan pada 10.30 malam,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Azri, bedah siasat untuk mengetahui punca kematian akan dijalankan di Hospital Miri pada Khamis.

Dalam masa yang sama katanya, JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.-MalaysiaGazette