KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 bidang kemahiran ditawarkan dalam Program Jelita yang diterajui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kesemua Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang disediakan khas untuk wanita merupakan kesempatan bagi kaum tersebut memilih dan membangunkan kemahiran pilihan masing-masing.

“Mulai dari Teknologi Maklumat; Teknologi Kejuruteraan, Kecantikan dan Fesyen, Pengangkutan dan Logistik; Pemasaran, Keusahawanan dan Perniagaan; Kepimpinan dan Pengurusan; Industri Halal, Teknologi Agro, hingga ke Senireka Kreatif dan Kraf serta Pelancongan, Hospitaliti dan Kulina,” katanya ketika berucap, di sini, hari ini

Majlis tersebut disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Jelas beliau, kemahiran-kemahiran yang ditawarkan Jelita akan dapat mencungkil potensi wanita ke tahap kerjaya yang lebih tinggi dan diperlukan dalam pasaran. 

Menurut Noraini, program tersebut mensasarkan enam kumpulan wanita sebagai peserta iaitu lepasan sekolah; suri rumah atau ibu tunggal; wanita luar bandar; usahawan; golongan yang bekerja dan mahu mengubah karier dan profesional.

Katanya, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan bekerjasama sebagai penyedia utama latihan TVET Jelita.

Tambah Noraini, kedua-dua institusi pendidikan berkenaan juga akan bekerjasama dengan 74 rakan strategik bagi memastikan program dan pensijilan yang ditawarkan selari dengan keperluan industri.

“UCAM dan UTeM akan berkolaborasi dengan sasaran 87 penyedia latihan di seluruh Malaysia dalam menawarkan program dan pensijilan yang lebih tinggi dan luas. Ini termasuklah penglibatan universiti-universiti awam, politeknik UCAM dan UTeM akan berkolaborasi dengan sasaran 87 penyedia latihan di seluruh Malaysia dalam menawarkan program dan pensijilan yang lebih tinggi dan luas. Ini termasuklah penglibatan universiti-universiti awam, politeknik,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast