fake Covid-19 vaccination certs certificated vaccine civil servants Terengganu
Dr. Alias Razak.

TERENGGANU – Pas negeri ini mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan bas untuk membawa pulang perantau ke negeri masing-masing untuk  mengundi pada 12 Ogos ini.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri itu, Datuk Dr. Alias Razak mendakwa, dengan menyediakan pengangkutan itu akan menyuburkan lagi proses demokrasi negara ini.

“Baru-baru ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan mana-mana parti yang menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa pulang perantau adalah rasuah, termasuk membayar tiket bas.

“Untuk mengelak perkara itu berlaku, kerana sebelum ini Pas ada bercadang berbuat demikian, maka eloklah SPR yang menyediakannya,” katanya pada sidang media di Terengganu semalam.

Bagaimanapun, Pas Kelantan menerusi kenyataan Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob kelmarin, tetap dengan usahanya menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar yang berada di luar negeri itu.

Beliau dilaporkan berkata, secara umumnya perkhidmatan bas itu dilihat seolah-olah membeli undi, tetapi ia merupakan satu janji Kerajaan Pas Kelantan kepada rakyatnya.

Menurut Dr. Alias, selain SPR, badan bukan Kerajaan (NGO) juga digalakkan membantu membawa pulang pengundi luar.

“Kita juga telah mengerakkan kempen balik mengundi dengan berkongsi kenderaan,” katanya. – MalaysiaGazette