Polis menjalankan pemeriksaan ke atas mayat lelaki yang ditemui dalam premis besi buruk di Taman Bukit Serdang tengah hari tadi.

 

KUALA LUMPUR – Satu mayat lelaki ditemui terbaring di tapakĀ  besi buruk, belakang Sport Arena di Taman Bukit Serdang tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A Anbalagan berkata, mayat tersebut disyaki dibunuh dan dimasukkan ke dalam sekarung guni plastik berwarna putih di tapak stor penyimpanan besi buruk
itu.

Setakat ini, bangsa dan umur si mati belum dapat dipastikan.

Katanya, penemuan mayat itu dimaklumkan kepada anggota respond team Balai Seri Kembangan oleh orang awam.

Mayatnya mangsa telah dihantar ke Hopsital Serdang untuk dibedah siasat esok bagi mengetahui punca kematian simati.

Menurut beliau, siasatan kes dibuat di bawah Seksyem 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan kes diteruskan untuk mengesan dan menangkap kesemua suspek yg dikenalpasti, yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast