Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Cara hebahan seolah-olah akan ada pemimpin-pemimpin besar yang isytihar keluar parti.

Rupa-rupanya anak-beranak dan penyokong tegar sahaja, bidas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki.

Biarpun tidak menyebut nama sesiapa, tetapi komen pedas ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan anak Tan Sri Annuar Musa – Afiq Amani yang mengisytiharkan keluar UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Afiq yang juga Ketua Pemuda Bahagian Ketereh itu mengumumkan keputusannya disaksikan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Kata Pok Mat Kedai Kopi Juriah tadi: Itulah namanya gimik politik,” ujar Asyraf.

Ketua Wanita UMNO Ketereh, Sabariah Hamzah turut diumumkan keluar UMNO dan menyokong PN, diikuti pimpinan lain daripada UMNO Ketereh.

Selain Afiq, seramai 20 ahli dan ahli jawatankuasa UMNO Cawangan Cabang Tiga Tuan Guru Haji Musa, sekali gus menyebabkan cabang itu terbubar. – MalaysiaGazette

 

Anak Annuar Musa keluar UMNO

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Apa untungnya mereka ada dalam UMNO. Bapak kencing berdiri anak kencing berlari. Yang memandang ketawa geli hati melihat kebodohan.
    Yang lucunya ahli umno ketereh yang keluar parti kerana menjadi sebodoh bodoh manusia. Beruk pun lagi tahu nak pikir.

Comments are closed.