Gzmbar hiasan

KUALA LUMPUR – Lapan lelaki disyaki terbabit dalam pergaduhan antara dua geng motosikal di restoran di Pandan Indah, di sini, disambung reman semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 19 hingga 33 tahun itu direman tiga hari lagi.

“Reman disambung tiga hari sehingga Selasa ini,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Rabu lalu selepas disyaki terbabit dalamĀ  pergaduhan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam Selasa lalu, dua geng motosikal dikatakan mengadakan pertemuan di restoran berkenaan selepas tidak puas hati disindir di laman sosial TikTok.

Ketika pertemuan itu, berlaku perselisihan sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan menggunakan topi keledar dan kerusi.

Polis yang menerima laporan ke lokasi dan tangkapan dilakukan bermula pukul 11 malam hingga 3.10 pagi, selain turut merampas topi keledar serta kerusi yang digunakan semasa kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun.

Rakaman video kejadian pergaduhan itu turut tular di media sosial. – MalaysiaGazette