Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa terdesak apabila mengeluarkan kenyataan “Hari ini PN menang di Selangor, esok Anwar turun dari Putrajaya”.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, kenyataan seumpama itu juga retorik cara lama.

Ini kerana, katanya, jika Perikatan Nasional (PN) menang di Selangor pun, jumlah kerusi Parlimen Kerajaan Perpaduan tidak berubah.

Lagipun lompat parti sudah diharamkan.

“Bolehlah kalau Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabaha sokong PN. Mustahil. Mereka sudah ditipu sebelum ini.

“Muhyiddin dan Azmin sudah diberi peluang. Kamu pemimpin gagal. Muhyiddin kluster mahkamah,” katanya dalama hantaran di Facebook.

Sebaliknya, PN tunggu masa berpecah kerana parti Gerakan akan keluar daripada gabungan itu. – MalaysiaGazette

PN menang di Selangor, Anwar akan turun dari Putrajaya – Azmin